MINGGU KE-14 ( MICROSOFT EXCEL )
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita semua masih mempu bernafas pada ketika ini.
Microsoft excel bermaksud satu perisian yang mana memboleh pengguna menyusun, menformat, mengira data menggunakan formula dan sistem spreadsheet yang membahagikan maklumat kepada baris dan kolum. Kebiasaannya microsoft excel digunakan dalam pendidikan untuk memudahkan persembahan mengenai maklumat seperti data permarkahan peperiksaan pelajar. Ianya juga boleh digunakan untuk mengira belanjawan seperti akauntan.
Akhir kata daripada saya semoga rakan-rakan seperjuangan sukses dalam peperiksaan yang bakal tiba dan memperoleh kejayaan di dunia dan diakhirat serta menabur bakti dan jasa kepada bangsa negara dan agama pada suatu masa kelak. Aamiiin.

MINGGU ke-13 ( Pembentangan Video )
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan seperjuangan dan tidak lupa kepada Dr. Siti Fatimah. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah dan kurniaNYA, kita semua dapat meneruskan kehidupan kita pada hari ini yang penuh rahmat dan berkat. Diharapkan kita dapat terus menjalani kehidupan yang penuh cabaran ini dengan tenang dan isitiqamah.
Hasil pembelajaran pada pertemuan kuliah ini adalah mengenai kemajuan serta info mengenai teknologi maklumat dan komunikasi secara khususnya dan bagaimana ianya mengubah dan mengangkat martabat pendidikan negara kita mahupun luar negara. Secara logiknya teknologi maklumat dan komunikasi sebenarnya merupakan keperluan pendidikan pada hari ini yang mana ianya memberi begitu banyak manfaat dalam kehidupan para pelajar. Jika kita melihat kepada tajuk kajian seperti kemahiran abad ke 21, perisian terbuka, dan konsep e-learning serta moble learning, kesemuanya menggunakan capaian internet. Di sini harus di lihat internet harus diberi penekanan dan sangat penting peranannya dalam dunia penddikan dan kehidupan seharian.
Menyentuh pula kepada isi atau objektif setiap video tersebut ialah saya dan rakan-rakan dapat mempelajari serta menambah pengetahuan mengenai setiap tajuk tugasan kami dan rakan-rakan yang lain. Walaupun kami tidak melakukan pembentangan tetapi saya dan rakan kumpulan saya melawat ke laman weebly rakan-rakan sekuliah yang lain bagi melihat hasil video mereka mengenai tajuk kajian mereka. Daripada itu saya dapat mempelajari mengenai keselamatan internet dan komputer, perisian asal dan beberapa tajuk yang lain. Saya mengambil setiap maklumat yang perlu mengenai kajian rakan-rakan yang lain dan melihat video ini sebagai sumber pengajaran yang efektif walaupun hanya dengan duduk di rumah namun kita masih boleh belajar mengenai sesuatu.
Akhir kata daripada saya ialah saya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan sekuliah daripada SR2 dan juga rakan-rakan kuliah yang lain seperti SE1, SE2, dan kumpulan kelas yang lain kerana telah menyediakan satu video yang ringkas dan padat serta menyampaikan maklumat dengan berkesan. Selamat maju jaya semua!!!!

MINGGU ke-12 ( Video Movie Maker )
Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan seperjuangan dan tidak lupa kepada Dr. Siti Fatimah. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah dengan kurniaNYA kita dapat meneruskan kehidupan kita. Diharap hari-hari kita bahagia dan tersenyum selalu.
Hasil pembelajaran saya pada minggu ke-12 ialah bagaimana untuk menghasilkan video menggunakan movie marker. Kami telah ada storyboard kami dan kami telah ada skrip kami. Kami hanya perlu menggunakan aplikasi movie marker tersebut untuk menghasilkan sebuah video yang berintegrasi audio, video, dan teks. Dengan penggunaan movie marker, video yang dihasilkan ternyata lebih menarik serta lebih tersusun berbanding video biasa.
Tuntasnya, aplikasi movie marker sesuai untuk digunakan dalam penghasilan video seperti animasi dan saya akan pilih untuk menggunakan movie marker dalam pembikinan video saya yang akan datang.

MINGGU ke-11( Storyboard dan Skrip )
Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ILLAHI dengan limpah dan kurniaNYA kita semua masih tersenyum pada hari ini.
Pada minggu ke 11, saya telah menyertai penbincangan yang dicetuskan oleh rakan-rakan Fakulti Pendidikan di forum Weebly. Saya juga ada memperbincangkan mengenai elemen-elemen multimedia dalam forum Weebly serta menyertai perbincangan rakan lain dalam forum Weebly tersebut. Hasil pembelajaran saya pada hari tersebut adalah kita perlu memahami sesuatu kajian mahupun isi kandungan sesebuah video yang ingin kita bangunkan dan kita hasilkan video tersebut berdasarkan objektif tersebut. Perbincangan mengenai storyboard dan skrip perlu dihasilkan melalui buah fikiran yang pelbagai sumber serta kreatif. Dengan itu, penulisan storyboard dan skrip tersebut dapat berkembang dengan baik.
Nahtijahnya, penulisan storyboard dan skrip perlu dimulakan terlebih dahulu dalam penghasilan video yang menarik, dapat menyampaikan mesej dengan berkesan dan dapat meninggalkan sesuatu untuk difikirkan oleh penonton serta menyebarkannya kepada masyarakat.

MINGGU ke-10 ( Brosur )
Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Alhamdulillah bersyukur kita dengan limpah kurniaNYA kita hidup dengan aman damai di Malaysia ini.
Hai kawan-kawan semua. Pada minggu ke-10 ini, kumpulan saya telah menghasilkan brosur berkaitan dengan ICT dan kemahiran berfikir. Tujuan penghasilan brosur adalah supaya maklumat dapat disampaikan dalam benda yang lebih ringkas dan mudah difahami oleh para pembaca. Kebiasaan penggunaan brosur ini adalah digunakan untuk mempromosi serta produk baru, penyampaian maklumat penting dan meringkaskan atur cara sesuatu majlis. Hasil pembelajaran yang perolehi adalah untuk menghasilkan brosur yang baik, kita tidak perlu menggunakan bahasa atau struktur ayat yang panjang. Sebaliknya cukup sekadar dalam ayat yang ringkas dan menggunakan grafik seperti gambar yang akan lebih memudahkan si pembaca untuk memahami kandungan brosur tersebut. Di samping itu, brosur tersebut harus teratur, berwarna, mempunyai gambar seperti karikatur serta menggunakan tulisan yang kontra agar dapat membezakan maklumat yang penting seperti tajuk dan isi penting.
Akhir sekali, penghasilan brosur tersebut memantapkan lagi kemahiran penggunaan komputer kami malah memberi kami pendedahan baru mengenai penggunaan komputer. Kerjasama yang kami pupuk membantu kami dalam penghasilan brosur tersebut. Tanpa kerjasama yang baik, maka hasil kerja kami akan tidak begitu sempurna dan mantap.

MINGGU ke-9 ( Laporan Kajian )
Assalammualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat ILLAHI kerana telah mengurniakan kita semua umur yang panjang untuk kita semua berada pada minggu ke-9 ini.
Pada minggu ke-9, saya dan ahli kumpulan saya telah bertemu dan mengabungkan hasil analisa data kami untuk sentuhan yang terakhir. Kami telah merujuk format yang betul sebelum kami memuat naik hasil laporan kajian lengkap kami ke dalam forum Weebly. Kerjasama yang diberikan oleh Calvin dan Amar memuaskan dan memudahkan lagi langkah kami bertiga dalam memperkemaskan tugasan kami. Ketiga-tiga kami mempunyai kreativiti masing-masing dan kami juga saling bertukar serta pendapat dalam memantapkan lagi tugasan kami. Kami telah memuat naik laporan kami dengan itu tugasan ke 5 telah pun kami siapkan dengan jayanya. Terima kasih kepada Dr. Siti Fatimah diatas tunjuk ajar serta sokongan dan galakan yang diberikan sepanjang kami menyiapkan tugasan ke-5 ini. Tidak lupa juga ahli kumpulan saya yang sangat berdedikasi serta sangat memberi kerjasama dalam menyiapkan tugasan tepat pada masanya dan menepati objektif tugasan tersebut. Paling penting adalah rakan-rakan seperjuangan SR2 yang telah banyak memberi pendapat dan pandangan yang positif serta membina yang dapat kami gunakan dalam mempersembahkan tugasan terakhir kami.

MINGGU ke-8 ( Analisa Data )
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada para pembaca sekalian. Alhamdullilah dengan limpahNYA, kita masih mampu dapat melakukan aktiviti harian kita seperti biasa.
Pada minggu ke-8, saya telah melawat ke forum Weebly. Tujuan saya melakukan tinjauan saya ke forum Weebly adalah kerana ingin mengisi segala soal selidik yang disediakan oleh rakan kumpulan yang lain. Hal ini akan membantu rakan kumpulan lain untuk menyediakan data mengenai soal selidik mereka. Saya juga telah melakukan rujukan di internet bagi mencari kaedah untuk melakukan analisa data terhadap soal selidik yang telah saya sediakan. Pelbagai kaedah analisa data yang boleh diperoleh daripada internet dan kami sekumpulan sepakat untuk menggunakan kaedah analisa tersendiri iaitu dengan memberi sebab serta punca terhadap peratusan yang terhasil daripada data yang kami peroleh. Kami juga membahagikan tugas kami mengikut soalan untuk melakukan analisa data misalnya saya mengambil soalan 1,2, dan 3 manakala Calvin serta Amar mengambil soalan 5-6 dan 7-8. Kami melakukan analisa kami dan kami mengabungkan hasil kerja untuk dijadikan satu analisa kajian yang lengkap dan sempurna. Objektif kami membahagikan tugas menganalisa data tersebut adalah untuk memastikan kami dapat bekerja sebagai satu kumpulan yang jitu. Bukan itu sahaja, kami juga dapat menghasilkan satu hasil kerja yang lebih baik apabila ketiga-tiga kami mengabungkan kreativiti kami serta dapat memastikan setiap daripada kami memahami tugasan yang diberikan serta menguasai kemahiran yang diperlukan untuk menyiapkan tugasan tersebut. Saya secara peribadinya berpendapat apabila saya berkerja secara kumpulan bersama Calvin dan Amar, tugasan yang perlu kami siapkan menjadi lebih mudah, cepat, dan hasil kerja kami lebih baik berbanding kami bergerak secara individu. Hasil kerja yang kami hasilkan juga merupakan sesuatu yang mampu kami bertiga banggakan.
Akhir sekali, saya amat mengemari melakukan aktiviti secara berkumpulan dan berharap di masa akan datang saya akan berkumpulan lagi bersama Calvin dan Amar yang sudah mempunyai keserasian serta memahami diri masing-masing.

MINGGU KE-7 ( SOAL SELIDIK )
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA, kita masih mampu bernafas pada hari ini.
Pada minggu keenam kuliah, saya dan rakan kumpulan dikehendaki membuat pembacaan mengenai
tujuan penyelidikan dan proses menjalankan kajian. Hasil pembelajaran saya mengenai tujuan penyelidikan ialah perkara asas yang ingin dikaji mahupun ingin dikupas. Tujuan penyelidikan bermaksud menjawab segala persoalan yang ada mengenai sesuatu tajuk dikaji. Misalnya tajuk kajian ialah diri saya. Persoalan kajian adalah mengapa melakukan kajian mnegenai topik 'diri saya'. Daripada persoalan tersebut, tujuan kajian dapat dikupas iaitu bertujuan untuk mengetahui tentang ' diri saya ' samaada dari segi kekuatan atau kelemahan, kesukaan atau kegemaran, dan sebagainya. Saya dan rakan kumpulan juga mempelajari pelbagai proses dalam menghasilkan kajian seperti mengenal pasti pemasalahan kajian dan mencari maklumat tentang tajuk kajian tersebut.
Selain itu, kami juga telah diminta membangun satu soal selidik mengenai tajuk kajian kami iaitu " kemahiran berfikir dan ict dalam pembelajaran ". Disini kami telah membentuk kerjasama dengan mengadakan perbincangan mengenai soal selidik yang ingin kami hasilkan. Kami juga saling melontarkan idea tentang bagaimana ingin menghasilkan satu soal selidik yang mantap dan mudah difahami oleh semua. Hasil daripada kerjasama serta komitmen semua ahli kumpulan kami telah berjaya menghasilkan satu soal selidik yang mantap. Kami juga menggunakan google doc dalam menghasilkan soal selidik.
Kesimpulannya, sebelum ingin melakukan sesuatu kajian kita harus memahami kehendak soalan tersebut dan melakukan kajian secara berperingkat-peringkat. Penggunaan aplikasi google doc sangat membantu dalam penghasilan soal selidik. Bukan itu sahaja malah kerjasama yang baik antara ahli kumpulan juga menyumbang kepada keberhasilan yang baik.

MINGGU KE-6 ( CASPER )
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA, kita masih mampu bernafas pada hari ini.
Pada kuliah minggu kelima, saya dan rakan kumpulan saya telah meneliti maklumat tentang prinsip CASPER serta teks, grafik, dan warna. Prinsip CASPER adalah satu panduan bagaimana untuk membangun satu slaid pembentangan yang menarik, mudah difahami atau dalam bahasa mudahnya secara ilmiah. Jika kita mengikuti segala panduan yang telah disediakan dan membaca serta memahami secara teliti tentang prinsip CASPER, maka slaid yang kita hasil akan menjadi menarik dan mampu menyampaikan maklumat dengan jelas. Bukan itu sahaja, slaid yang dihasilkan berpandukan prinsip CASPER juga ternyata lebih mantap berbanding slaid yang dihasilkan tanpa mengambil kira aspek prinsip CASPER. Daripada apa yang saya fahami tentang prinsip CASPER, ianya membantu kita untuk membuat slaid pembentangan yang baik dan untuk mempelajarinya juga sangatlah mudah. Pada masa hadapan penghasilan slaid pembentangan ini akan sangat membantu dalam teknik pengajaran apabila saya menjadi guru insyaALLAH.
Seterusnya adalah mengenai isi yang dilampirkan dalam slaid pembentangan saya dan rakan kumpulan hasilkan. Isi-isi penting yang kami paparkan adalah merupakan tajuk utama seperti definisi, kebaikan, kepentingan, dan sebagainya. Hal ini kerana melalui kami perlu menyentuh mengenai tajuk kajian kami secara menyeluruh. Kami membangunkan slaid kami dalam bentuk point form kerana ianya akan lebih mudah untuk difahami dan menarik minat rakan sekelas untuk mendengar serta memberi tumpuan kepada kami ketika pembentangan.
Kesimpulanya, CASPER merupakan perkara yang sangat membantu dan sangat bertepatan dengan sistem pembelajaran masa kini. Saya berharap yang aplikasi CASPER ini akan sentiasa berkembangan seiring dengan peredaran masa.

MINGGU KE-5
( PEMBELAJARAN TENTANG TEKNOLOGI MAKLUMAT (ICT) dan KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM ICT )

Pada minggu keempat kuliah, saya dan ahli kumpulan telah menjalankan kajian mengenai pembelajaran tentang teknologi maklumat (ICT) dan kemahiran berfikir dalam ICT. Pertama sekali mengenai pembelajaran tentang teknologi maklumat (ICT), ianya memberi maksud bahawa teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran, penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Seperti yang kita semua ketahui, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas. Bukan itu sahaja, daripada fahaman saya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima. Begitulah serba sedikit yang saya faham tentang teknologi maklumat (ICT).
Manakala hasil pembelajaran saya mengenai kemahiran berfikir dalam ICT ini pula ialah bagaimana konsep kemahiran berfikir seperti pemikiran aras tinggi dapat diaplikasikan dalam konsep ICT terutamanya penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Daripada pembacaan, saya mendapati penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada dua aspek iaitu aspek pengajaran guru yang mana guru menggunakan ICT sebagai tutor dan alat demonstrasi. Seterusnya aspek pembelajaran dimana para pelajar menggunakan ICT seperti tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Integrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalin bersama kaedah pengajaran. Hal ini akan memberi kepelbagaian tentang pembelajaran kepada para pelajar. Para pelajar boleh menggunakan kemahiran berfikir dengan menterjemahkan segala maklumat ICT yang ringkas tapi padat dan berkesan. Antara kebaikan yang saya peroleh hasil daripada mengamalkan konsep kemahiran berfikir dalam ICT ialah menyediakan kaedah dengan memberi penekanan kepada penciptaan dan penerokaan ilmu secara aktif seperti pautan hipermedia selain daripada menerima ilmu secara sehala sahaja. Bukan itu sahaja, saya juga berpendapat bahawa dengan menggunakan ICT ini dapat menyediakan sumber yang begitu luas kepada guru dan juga murid untuk meneroka, mencari bahan pengajaran atau rujukan serta penyelidikan.
Kesimpulannya, dengan adanya ICT pada zaman 2020 ini membawa dimensi baharu ddalam dunia pendidikan dan saya berharap langkah ini dapat melahirkan generasi yang lebih berilmu, berinovatif dan bertamadun.

MINGGU KE-4( LMS DAN CMS)
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA, kita masih mampu bernafas pada hari ini.
Pada minggu ketiga kuliah, saya telah meneliti makumat tentang LMS dan CMS. Hasil pembelajaran yang saya dapati ialah LMS di jalankan bertujuan untuk memudahkan penyampaian atau penghantaran kursus secara talian. Perkara tersebut banyak memberi manfaat kepada saya dan rakan rakan pelajar serta para pensyarah juga. Terdapat beberapa kepentingan penggunaan LMS. Antara kepentingannya adalah pembelajaran boleh dilakukan di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Hal ini membolehkan saya sebagai pelajar menguruskan sendiri masanya dengan lebih berkesan dan produktif. Pembelajaran yang lebih menjurus kepada alam siber membantu pelajar dan guru untuk lebih mudah mencari maklumat dan berinteraksi dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Moodle merupakan satu diantara aplikasi LMS yang percuma.
Manakala hasil pembelajaran yang saya dapat mengenai CMS ialah sebuah aplikasi perisian berasaskan web tetapi berbeza skop penggunaannya berbanding LMS. Penggunaan CMS lebih meluas. CMS bukan sahaja boleh digunakan untuk sesebuah organisasi malah turut digunakan oleh fakulti- fakulti di universiti. CMS made simple merupakan salah satu aplikasi CMS yang percuma. Pengguna yang ingin menggunakan aplikasi ini perlu memuat turun terlebih dahulu aplikasi ini. Jika sesebuah fakulti menggunakan aplikasi ini sebagai system pengurusan mereka, aplikasi ini akan digunakan untuk mendaftar kursus pelajar-pelajar. Setelah fakulti menyenaraikan kursus-kursus yang ditawarkan, pelajar-pelajar akan mula menggunakan aplikasi ini untuk mendaftar kursus yang boleh mereka ambil. Kemudian pelajar akan dikelompokkan mengikut jadual kelas kursus yang telah mereka daftar. Dengan menggunakan aplikasi ini pelajar boleh melihat sendiri jadual kelas mereka.
Kesimpulannya LMS dan CMS ini mempunyai ciri-ciri fleksible yang membolehkan sesiapa sahaja menggunakannya tanpa memerlukan kemahiran yang tinggi. Kedua-duanya memberi manfaat kepada saya sebagai pelajar dan pensyarah.
MINGGU KE- 3 (26/09/2014)
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA, kita masih mampu bernafas pada hari ini.
Pada minggu kedua kuliah, saya telah mendapat kumpulan untuk pelbagai tugasan. Ahli kumpulan saya terdiri daripada CHIN CHAN XING, KHAIRUL AMAR, dan saya sendiri. Pada hari tersebut, kami telah diminta supaya membuka akaun Gmail yang baru khas untuk kelas komputer dalam pendidikan. Bukan itu sahaja, Dr. Siti Fatimah juga meminta kami menghasilkan 'signature' yang formal untuk kegunaan menghantar e-mel. Melalui pembukaan akaun Gmail tersebut, saya mempelajari tentang aplikasi baru seperti google drive, dropbox, dan sebagainya. Ianya menjadikan kelas semakin menarik untuk diikuti. Bukan itu sahaja, saya juga telah meneroka ke student.weebly.com dan menukar password yang telah diberikan oleh Dr. Siti Fatimah. Saya juga telah menghasikan satu 1 blog (namakan: Refleksi Saya/ My Reflection), 1 page (namakan: tugasan/assignments), dan 1 page (namakan: Biodata diri/ My Biodata).
Berikut ialah contoh e-mel saya : arif.yaakob.94@gmail.com
Berikut ialah contoh signature saya :
ARIF BIN YAAKOB
PENDIDIKAN SUKAN DAN REKREASI
FAKULTI PENDIDIKAN
UKM BANGI, 43600, SELANGOR
Berikut ialah nama blog weebly saya : ayaakob943.weebly.com
Berikut ialah nama ahli kumpulan saya :
1. Arif Bin Yaakob
2. Khairul Amar Bin Zainal Abidin
3. Chin Chan Xing
MINGGU Ke-2 (19/09/2014)
Assalammualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Alhamdulillah dengan limpah kurniaNYA, kita masih mampu bernafas pada hari ini.
Pada hari jumaat bersamaan 19/09/2014, saya telah menghadiri kelas pertama komputer dalam pendidkan. Nama pensyarah saya ialah Dr. Siti Fatimah Binti Mohd Yassin. Melalui perjumpaan pertama ini, saya dapat berkenalan dengan pensyarah dan rakan rakan sekuliah. Bukan itu sahaja, saya juga diberikan gambaran awal tentang apa yang bakal saya pelajari dalam kelas komputer dalam pendidikan.
Disini saya dapat mengetahui bahawa saya tidak mempunyai ilmu yang banyak tentang komputer. Saya berharap yang pada kelas yang akan datang saya akan dapat mempelajari sesuatu yang baru, memahirkan diri saya dengan penggunaannya, dan mengaplikasikan dalam segala tugasan.